KENALI DULU PERUNDING ANDA

PERHATIAN : - KAMI BUKAN EJEN MANA-MANA BANK.
                        - KAMI BUKAN PIHAK YANG MELULUSKAN                          / MEMBERI PINJAMAN.
                          -Kami adalah sebuah syarikat  perunding  yang akan membantu anda untuk  
                           memohon pinjaman daripada mana-mana bank yang kami fikirkan sesuai dengan 
                          kelayakan anda, berdasarkan kepada KONTRAK PERLANTIKAN yang dipersetujui.
                         Oleh itu, kami tidak dapat memaklumkan terlebih awal     
                         akan nama-nama bank yang terlibat sebelum anda benar-benar faham dan 
                         bersetuju untuk melantik kami sbg  pihak yang diamanahkan untuk menguruskan 
                         permohonan anda. . 
                         Terdapat kes di mana, setelah pihak yang membuat panggilan kepada kami, dan  
                          bertanyakan akan nama bank-bank yang terlibat, dan beliau terlalu "kreatif" 
                         dengan menghubungi bank terbabit untuk mengesahkan bahawa benarkah bank 
                         tersebut ada melantik ejen untuk mempromosikan produk pinjaman ini. 
DINASIHATKAN, JIKA ANDA RAGU-RAGU DENGAN SERVIS KAMI, DAN ANDA RASA ANDA BOLEH MENGURUSKANNYA SENDIRI, KAMI SARANKAN SUPAYA ANDA URUSKAN SENDIRI TANPA MELALUI KAMI.

p/s : Kadang kala, manusia ni, semasa memula hendak memohon, apa kata kami, beliau ya dan ok kan sahaja. Tapi bila permohonan dah diproses, beliau mula tunjukkan beliau punya pandai pula. Kalau anda rasa anda orang yang macam ini, iaitu orang yang terasa dirinya pandai dalam semua hal, anda DISARANKAN pergi buat permohonan sendiri.


Di dalam dunia internet ini, memang ramai yang menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan pinjaman untuk pesara awam dan pesara tentera. Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih pihak konsultan bagi membantu permohonan pinjaman peribadi (skim pesara) ini, anda harus melihat beberapa kriteria seperti di bawah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak dingini.


1. Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan (bukan sekadar bercakap kosong tanpa fakta tepat)


2. Mempunyai premis / pejabat yang tetap. (bukan hanya beroperasi di rumah sahaja)

3. Mempunyai staf/kakitangan sendiri bagi membantu melicinkan segala hal bagi mengelakkan daripada berlakunya keadaan lewat bertindak disebabkan tidak sempat untuk memberi tumpuan kepada semua kes. Anda perlu tahu bahawa, pihak konsultan harus 'alert' akan hal-hal berikut :

i. MEMBANTU bg mendapatkan status CCRIS/CTOS yang diberikan oleh pihak bank dgn cepat

ii. MEMBANTU mendapatkan full setlement (blacklist) bagi pihak anda dgn pihak2 terlibat. Sentiasa follow up jika pihak tersebut lambat bertindak sekiranya mereka lambat untuk memberikan full setlement tersebut.


iii. memajukan full setlement yg diperolehi terus ke bank dgn cepat.

iv. sentiasa follow up perkembangan terkini akan permohonan anda.

v. memastikan permohonan pertukaran akaun pencen dengan JPA / JHEV dapat dilakukan 'on time'. Jika ini tidak dilakukan on time, akan menyebabkan tempoh permohonan pinjaman anda akan bertambah lagi sebulan. Dengan kata lain, lewat 1 hari, akan memberikan anda masa tambahan lagi sebulan untuk mendapatkan duit pinjaman tersebut. 

4. Mempunyai idea dan usaha sendiri untuk membangunkan laman web / blog berkenaan dengan perkhidmatan ini . Dan blog kami ini telah diubahsuai sebanyak 3 kali disebabkan ada pihak lain yang mungkin malas / tak nak berusaha dan hanya menyalin hampir 100% apa yang terkandung di dalam blog kami ini.

5. Jujur dan amanah.


Oleh itu, secara logik akal, mampukah seseorang konsultan / perunding itu memberikan fokus terhadap kes anda dengan hanya seorang diri?
Mana lagi nak jumpa client di kedai mamak???
Mana lagi nak layan panggilan telefon client???
Dalam masa yang sama, siapa yang nak follow up kes di bank???
Nak dapatkan full setlement untuk anda, tak tahu mana minggu baru boleh buat???
Bila pula nak uruskan pertukaran pencen anda???
Kerja hantar dan terima fax pula bagaimana???
Bila pula nak update status dengan anda???