Bagaimana Permohonan Diproses?







Langkah Permohonan Pinjaman :

1. Berikan maklumat yang diminta kepada kami untuk kami buat pengiraan 
    kelayakan anda.
2. Setelah anda bersetuju dengan kelayakan tersebut, buat satu perjumpaan
   dengan wakil pihak kami (untuk kawasan Ipoh dan kawasan berhampiran
   sahaja) bagi urusan penyerahan dokumen yang diperlukan. Bagi pemohon
   di luar kawasan, poskan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada kami.
3. Setelah pihak kami dapat mengenalpasti institusi kewangan yang terbaik
   dengan kelayakan anda, kami akan berikan set borang permohonan.
4. Setelah borang tersebut dikembalikan kepada kami, kami akan terus
   memanjangkan permohonan tersebut ke institusi kewangan terbabit.

Siapakah Yang Terlibat Di Dalam Pemprosesan Permohonan Ini?

SYARIKAT PERUNDING
- memberi maklumat yang tepat dan lengkap. Dan tidak sekadar BERJANJI
  KOSONG.
- menerima, mengenalpasti, menyampaikan borang permohonan dan meman-
  jangkan permohonan ke institusi kewangan yang terpilih.
- memantau dan mengenalpasti sebarang permasalahan di sepanjang tempoh
  kelulusan permohonan.
- memaklumkan sebarang perkembangan permohonan kepada pemohon. 
  Adakalanya untuk tindakan pantas, bank akan terus menghubungi pemohon 
  jika ada apa-apa perkembangan.
- membantu pemohon untuk mendapatkan sebarang dokumen seperti untuk
  mendapatkan penyata penyelesaian awal yang diperlukan. 
  NAMUN, HARUS DIINGAT. INI BUKANLAH TUGAS UTAMA KAMI. KERANA
 TIDAK SEMUA PIHAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PIHAK LAIN BAGI
 MENDAPATKAN PENYATA BAGI PIHAK ORANG LAIN. Tetapi kami akan 
 cuba membantu sedaya upaya kami.
- membuat permohonan pertukaran akaun bank pencen dengan JPA @ JHEV
  di Putrajaya (pada setiap 3hb setiap bulan sahaja) selepas pinjaman 
  diluluskan oleh pihak bank / koperasi. Jika pinjaman di luluskan selepas 3hb
  dalam satu-satu bulan, maka permohonan pertukaran pencen hanya akan 
 dihantar pada 3hb pada bulan hadapannya sahaja.

JPA / JHEV
- pihak yang bertanggungjawab memproses permohonan pertukaran akaun
  pembayaran pencen (menerima permohonan selewat-lewat 5hb pada setiap
  bulan sahaja, untuk pertukaran pencen pada bulan itu. Jika permohonan
  sampai lewat pada tarikh tersebut, maka ianya hanya akan diproses untuk 
  pertukaran pencen untuk bulan hadapannya.

BANK/KOPERASI
- pihak yang memproses permohonan pinjaman.
- pihak yang meluluskan pinjaman.
- pihak yang akan mengkreditkan kemasukan wang pinjaman ke akaun
  pemohon, yang hanya dilakukan selepas pencen pemohon telah benar-
  benar telah berjaya dikreditkan ke akaun bank tersebut.



 

No comments:

Post a Comment